Pages

Saturday 21 June 2014

Tempahan Kereta Sewa Raya

Hari ini sudah tanggal 22.6.14. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir 3 bulan aku berhenti makan gaji. 

Tapi utk kali ini,bukan nak cerita bab berhenti kerja. Ni nak cerita yang mana, insya Allah next week sudah nak start puasa bulan ramadhan. 

Dan secara indirectlynya, tempahan untuk sewa kereta musim raya sudah dibuka.

Ada pelbagai jenis kereta untuk disewa. Antaranya viva, myvi, alza, persona, exora, honda city, toyota vios, nissan sylphy.

Jadi pastikan buat tempahan awal jika hendak sewa kereta. Takut2 nanti x dapat balik raya sebab kereta habis.

Klezcar Kereta Sewa Cheras
Mudah.Berpatutan.Dihantar
019 253 0707

Saturday 14 June 2014

Pelari/Runner/Driver Klezcar Kereta Sewa Cheras-Membantu orang mencari duit tepi...

Dengan perkembangan pesat Klezcar Kereta Sewa Cheras, tibalah masanya untuk pihak kami membuka peluang kepada para pencari kerja part time untuk bersama dengan kami.

Pertambahan kereta menyebabkan kekerapan kereta sewa keluar dan masuk semakin bertambah dan semakin kerap. Seiring dengan itu. Man power tambahan adalah diperlukan untuk melicinkan perjalanan operasi kereta sewa cheras. Kerja-kerja penghantaran servis juga semakin banyak. Ini adalah amat penting untuk memastikan semua kereta sewa adalah dalam keadaan terbaik dan meminimakan kos kerosakan di masa hadapan. Insya Allah.

Penghantaran ke pusat cuci kereta juga semakin kerap bagi menjamin keselesaan penyewa kereta sewa cheras.

Oleh yang demikian, pihak kereta sewa cheras ingin membuka peluang kerja part time kepada individu yang komited, rajin, dan jujur. 

Pemohon juga mestilah mempunyai lesen b2 dan d. Jika mempunyai motor sendiri, ia adalah satu kelebihan.

Jika pemohon adalah dari kawasan langat, balakong, sekamat, tun hussein onn, alam damai dan sekitarnya diberi keutamaan.

Dari segi gaji pula, bayaran adalah berdasarkan pay per job. Untuk penghantaran servis dan cuci kereta, bayarannya adalah rm5. Untuk bayaran penghantaran pula, ia adalah bergantung kepada jarak penghantaran.

Bagi yang berminat, diminta untuk menghubungi 019 253 0707.

Klezcar Kereta Sewa Cheras
Mudah.Berpatutan.Dihantar
019 253 0707

Friday 13 June 2014

Kereta Idaman Untuk Dipajak-Proton Saga.Proton Persona.Proton Exora Bold Turbo.

Buat masa ini, dalam fleet Klezcar Kereta Sewa Cheras sudah ada pelbagai jenis kereta. Antaranya Myvi, Alza, Honda City, Toyota Vios dan Nissan Sylphy.

Namun begitu, terdapat juga permintaan yang agak lain dari biasa oleh penyewa yakni ada juga yang inginkan kereta sedan bajet dan mpv besar yang bajet. Di kotak fikiranku, ada beberapa kereta yang boleh menepati kehendak mereka ini.

Utk permintaan kereta sedan bajet, aku rasakan yang proton saga dan proton persona mungkin boleh memenuhi kehendak mereka. Buat masa ini, jika terdapat permintaan untuk sewaan kereta ini, aku akan cuba meminta kereta dari pengusaha kereta sewa lain. At least pengusaha kereta sewa lain juga mendapat tempias rezeki dari penyewa kereta sewa cheras.

Bagi memenuhi permintaan dari penyewa yang mahukan mpv besar yang bajet, aku selalu meminta proton exora bold turbo dari pengusaha kereta sewa lain. Setakat ini, feedback yang aku terima amatlah baik. Penyewa kereta berpuas hati dengan performance proton exora. Sehinggakan ada penyewa yang mengatakan yang mereka mahu membeli proton exora spt yang mereka sewa.

Jadi, utk memberi kemudahan kepada penyewa kereta cheras, aku kini giat mencari investor yang mahu memajak proton persona, proton saga dan proton exora bold turbo. 

Walaubagaimanapun, jika ada investor yang ingin memajak kereta jenis lain, ia juga amatlah dialu-alukan.

Klezcar Kereta Sewa Cheras
Mudah.Berpatutan.Dihantar
0192530707

Wednesday 11 June 2014

Pengusaha kereta sewa-Membantu Orang? Menjadi harapan penyewa kereta...

Agak lama juga aku berkecimpung dalam bisnes kereta sewa ini. Dan bila aku amati betul2, aku sedar bahawa melalui bisnes ini aku dapat membantu ramai orang.

Cth situasi yg telah aku alami.

1. Sebulan lepas aku mendapat call pada hari jumaat mlm. Si lelaki ini menelefon dengan suara tergesa-gesa. Ini butiran perbualan nya.

Lelaki: assalam, sini ada buat kereta sewa ke?
Aku: yes en. Sini memang ada perkhidmatan kereta sewa.
Lelaki:ada x kereta besar sikit mcm hi ace ke. Mcm mpv ke. Pakcik ni nk berjalan ke tioman. Brg dah pack semua.Tapi bila pakcik cek ngn org yg pakcik janji.keta xda pulak.
Aku:la yeker.sy try la usahakan.
Lelaki: Terima kasih banyak yer.

Alhamdulillah. Aku manage dapatkan kereta utk pakcik ni.tapi gagah juga mencari sbb weekend agak payah juga nk dpt kereta sewa.

Di sini aku dpt tgk. Penyewa2 kereta ini sgt bergantung harap kepada pengusaha kereta sewa. 

Mereka menyewa dengan pelbagai sebab.ada yang nak pergi kenduri kahwin.pergi vacation.pergi hantar keluarga sambung belajar.nak menziarah saudara.

Jadi, sebagai pengusaha kereta sewa. Tanggungjawab yang dipegang ini bagi aku adalah berat. Tanpa khidmat kereta sewa ini, sebab mereka menyewa kereta sewa tidak akan tercapai. Andai kata hendak pergi bawak hantaran kahwin.hendak pergi bercuti. pergi lawat saudara.alih2 kereta yg telah siap ditempah tiada. Mereka mesti berasa sangat kecewa. Nak pulak kalau hotel sudah siap ditempah dan dibayar.

Sebagai pengusaha kereta sewa.Perkhidmatan ini tidak boleh fail sbb besarnya harapan penyewa kereta.

Sebab itu aku selagi boleh akan cuba dapatkan kereta utk customer yg nak kereta sewa.

Semoga usaha ini akan diberi keberkatan oleh Allah. Amin.

Klezcar Kereta Sewa Cheras
Mudah.Berpatutan.Khidmat Hantar
019 253 0707

Car Rental Kuala Lumpur KL Cheras Tasik Selatan Tun Razak Sri Permaisuri Tun Hussein Onn Alam Damai Sg Long Kajang Bangi Serdang

Assalamualaikum from Cheras Car Rental.

At Cheras Car Rental we provide car rental services to meet the demand within Cheras, Kuala Lumpur (KL), Bangi and Kajang. We will ensure that our service is easy, with affordable price and provide delivery.

Listed below are the car rentals:

1. Perodua Myvi 1.3 Automatic


One of the car in Cheras Car Rental is Perodua Myvi 1.3. This car is easier to be driven. The price is reasonable which is suitable for temporary car or city driving.

2. Perodua Alza 1.5 Automatic



Middle size MPV in Car Rental Cheras is Perodua Alza 1.5. This MPV is suitable to be used by hirer who need 6 seater.

3. Honda City 1.5 Automatic



Cheras Car Rental also has Japanese car which is Honda City 1.5. Its design is trendy, and rental price is affordable. This honda City has paddle shift function for hirer who like to use manual transmission. 

4. Toyota Vios 1.5 Automatik


For Toyota Vios fans, Cheras Car Rental do provide rental for Toyota Vios. The latest model of Toyota Vios is ready to be rented.

5. Nissan Sylphy 2.0 Automatic



In Cheras Car Rental, we have executive type car which is Nissan Sylphy. This car is very spacious, comfortable and has 2000cc. It is suitable to be rented out for corporate activities. 

For rental purposes, kindly prepare the following documents:
1. Valid license(1 copy)
2. IC (1 copy)
3. Utility bill
4. Employee Card

For any enquiry please contact 019 253 0707

Cheras Car Rental

Easy.Affordable.Delivery

Tuesday 20 May 2014

Apa itu NCD? Penerangan Ringkas Berkenaan No Claim Discount

Untuk permulaan, kita definisikan dahulu terma NCD ini. NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. NCD (No Claim Discount) juga satu masa dahulu digelar sebagai NCB (Non Claim Bonus). Kedua-duanya adalah sama.

Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar.

Berikut adalah kadar NCD sekiranya tidak berlaku tuntutan: –

Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)

Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.

NCD di atas adalah untuk kenderaan persendirian. Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:

Tahun pertama 0%
Tahun kedua 15%
Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)

Beberapa isu berkenaan dengan NCD:

1. Status NCD

Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th…seterusnya?

Jawapannya: NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%…begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%

2. Pindahan NCD

Pindahan syarikat insuran/takaful

Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikat insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain

Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).

Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Banyak wang yang anda dapat jimatkan!

credit kepada Fb: AF ZA

Untuk urusan sewa kereta, sila hubungi Kereta Sewa Cheras di talian 019 253 0707

Monday 28 April 2014

Kereta Sewa Kuala Lumpur (KL)

Menyediakan perkhidmatan kereta sewa di sekitar Kuala Lumpur(KL), Seputeh, Cheras, Bandar Tasik Selatan, Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Taman Desa, Taman Connought,dan Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi 019 253 0707 sms.call.whatsapp

List Kerete Sewa Kuala Lumpur (KL)


1. Perodua Myvi Lagi Best 1.3 Automatik Keluaran 2014




Kereta jimat minyak. Selesa. Mudah parking. Harga berpatutan.Boleh dibawa jalan jauh. Sewaan harian,mingguan,bulanan.Khidmat penghantaran.


Hubungi 019 253 0707

2. Alza 1.5 Versi Baru Automatik Keluaran 2014




Sesuai untuk keluarga sederhana besar. Pemanduan mudah seperti sedan tetapi boleh memuatkan ramai penumpang. Kerusi belakang yang boleh dilipat secara berasingan. Dengan harga yang berpatutan dan khidmat hantar yang disediakan anda boleh menyewa kereta ini.

Hubungi 019 253 0707


3. Honda City 1.5 Automatik 2014




Honda City 1.5 Automatik untuk disewa. Design yang trendy. Mempunyai paddle shift. Khidmat hantar disediakan.

Hubungi 019 253 0707

4. Vios 1.5 Versi Baru Automatik Keluaran 2014




Vios model baru. Design interior dan exterior yang stylish. Sedia untuk disewa.Khidmat hantar berserta kadar sewa berpatutan.


Hubungi 019 253 0707

5. Nissan Sylphy 2.0 Automatik 2014





Nissan Sylphy 2.0 untuk disewa. Mudah dan selesa. Mempunyai boot yang sangat luas. Berkuasa 2.0. Sesuai untuk perjalanan jauh dan bercuti. Juga sesuai untuk digunakan semasa berjumpa client. Kadar sewa yang berpatutan dan khidmat hantar disediakan

Hubungi 019 253 0707

Friday 25 April 2014

Kereta Sewa Cheras-Pajak Kereta

Alhamdulillah dokumen pemajak kereta sudah diambil.dapat sahaja dokumen terus scan and email kepada dealer kereta. Harap2nya dipermudahkan oleh Allah dengan kelulusan kereta.

Kepada sesiapa yang mahu menjadi investor dengan pihak Kereta Sewa Cheras, anda boleh menghubungi saya@019 253 0707.

Quote dari partner KL Ezcar Muslim Mamat "Bila org pajak.Pajak itu amanah orang. Jangan ambil mudah. Bukan nilai pinjaman ratus2 k itu. Tetapi Amanah. Kena jaga. Amanahlah pada diri sendiri."

Kereta Sewa Cheras
Mudah.Berpatutan.Khidmat Hantar
019 253 0707

Friday 11 April 2014

Kereta Sewa Cheras-Hantar Servis

Aku rasakan yang pusat servis GMART kini sudah menjadi salah satu tempat regular yang selalu aku lepak.bukan saja-saja nak lepak di sini tetapi untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dari Kereta Sewa Cheras, setiap kereta sewa yang di bawah fleet kami akan diselenggara dengan. Ini penting bagi memastikan agar penyewa kereta berpuas hati dengan keadaan kereta sewa yang disewa yang mana ia seiring dengan harga berpatutan yang kami tawarkan. Ia juga bagi memastikan penyewa berasa mudah berurusan dengan Kereta Sewa Cheras tanpa sebarang masalah dari segi kereta sewa ataupun dari pihak kami sendiri.

Mudah. Berpatutan. Khidmat Hantar.
Kereta Sewa Cheras
Your easy car rental-a member of KLezcar Travel & Tours Sdn. Bhd.
Sila hubungi 019 253 0707 untuk sebarang pertanyaan

Thursday 10 April 2014

Kereta Sewa Cheras-Khidmat Hantar Sambil Makan

Dalam menjalankan perkhidmatan kereta sewa ini, banyak juga masa yang aku habiskan di atas jalan raya dan juga ke tempat-tempat yang penyewa memerlukan khidmat penghantaran. Aku timbulkan isu ini kerana dengan perbezaan nature of business aku sekarang iaitu perniagaan yang bernama Kereta Sewa Cheras, ia menyebabkan aku makan di merata tempat. Jika dahulu turun sahaja pejabat, ada tersedia food court yang menjual pelbagai jenis juadah namun kini kebanyakan makananku disediakan oleh kedai mamak.ini disebabkan masa makan yang tidak tentu dan juga tahap kemudahan dan kepantasan penyediaan makanan yang ada di kedai mamak. Mungkin juga lepas ini aku kena membuat satu listing yang mana,dalam listing ini akan aku letakkan specialty dish di satu-satu kawasan. Antara makanan yang sehingga kini menjadi pujaan adalah nasi lemak, tomyam, nasi beriyani, murtabak, mee bandung dan popia. Ini yang dikatakan sebagai sambil menyediakan khidmat hantar sambil makan makanan sedap.

Mudah. Berpatutan. Khidmat Hantar.
Kereta Sewa Cheras
Your easy car rental-a member of KLezcar Travel & Tours Sdn. Bhd.
Sila hubungi 019 253 0707 untuk sebarang pertanyaan

Wednesday 9 April 2014

Kereta Sewa Cheras-Mudah,Berpatutan,Khidmat Hantar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera dari pihak Kereta Sewa Cheras.

Kami di Kereta Sewa Cheras menjalankan perkhidmatan kereta sewa bagi memenuhi keperluan penyewa kereta sewa di sekitar Cheras termasuk sehingga ke Bangi, Kajang dan KL (Kuala Lumpur). Di Kereta Sewa Cheras kami berusaha untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang kami berikan adalah mudah, berpatutan berserta dengan khidmat penghantaran.Disediakan di bawah ini jenis-jenis kereta sewa yang pihak kami ada:

1. Perodua Myvi 1.3 Automatik


Salah satu kereta dalam fleet Kereta Sewa Cheras adalah Perodua Myvi 1.3. Kereta ini adalah amat mudah untuk dikendalikan. Harganya yang berpatutan adalah sesuai untuk dijadikan kereta sementara atau untuk city driving. Pun begitu, kereta ini juga boleh dibawa untuk pemanduan jarak jauh. Saiznya yang kompak membolehkan penyewa kemudahan untuk parking kereta. 

2. Perodua Alza 1.5 Automatik



MPV yang sederhana besar yang ada dalam fleet Kereta Sewa Cheras adalah Perodua Alza 1.5. MPV ini adalah sesuai untuk digunakan oleh keluarga yang sederhana besar (5-6 orang). Walaupun Alza dikategorikan sebagai MPV tetapi cara pemanduannya mudah ibarat sedan. MPV ini sesuai digunakan untuk dibawa berkelah, vacation ke serata semenanjung ataupun untuk membawa muatan yang besar. Ini adalah kerana seat belakangnya boleh diturunkan secara berasingan ataupun serentak, mengikut keperluan para penyewa.

3. Honda City 1.5 Automatik



Selain kereta buatan Malaysia, Kereta Sewa Cheras juga ada menyewakan kereta Honda City 1.5 Automatik. Dengan design kereta yang very stylish, harga juga amat berpatutan, kereta ini akan dapat disewa dengan mudah. Honda City ini mempunyai function paddle shift di mana penyewa dapat memandu kereta dengan menggunakan gear di belakang stereng ibarat seperti pemandu kereta F1.

4. Toyota Vios 1.5 Automatik


Untuk peminat kereta vios, Kereta Sewa Cheras turut mempunyai Toyota Vios 1.5 Automatik untuk disewa. Vios model terkini ini mempunyai design yang umpph, mudah dikendalikan, paparan dashboard yang menarik berserta dengan harga yang amat berpatutan yang dikenakan. 

5. Nissan Sylphy 2.0 Automatik



Dalam fleet Kereta Sewa Cheras juga terdapat kereta Nissan Sylphy yang turut disewakan kepada bakal-bakal penyewa. Kereta ini amat selesa, dengan boot space yang besar. Berkuasa 2000 cc dan dicaj dengan kadar yang amat berpatutan. Sesuai untuk orang yang mahu close deal, yang mahukan stail dan keselesaan dan juga untuk urusan korporat. 

6. Toyota Vellfire 2.4 Automatik



MPV mewah Toyota Vellfire 2.4 disediakan oleh pihak kami, Kereta Sewa Cheras. MPV yang amat selesa ini adalah sesuai untuk dibawa berjalan-jalan, melancong ataupun city driving. Ia juga sesuai digunakan untuk program-program korporat dan majlis-majlis formal. Dengan cara penyewaan yang mudah, kadar kereta sewa yang berpatutan dan khidmat hantar yang disediakan, anda boleh menyewa MPV mewah ini. 

7. Toyota Hiace 2.7


Selain daripada kereta compact, sedan dan MPV, Kereta Sewa Cheras turut menyediakan khidmat sewa van Toyota Hiace 2.7. Van ini boleh membawa ramai penumpang. Kadar sewaan yang dikenakan turut berpatutan. Untuk penyewa yang mempunyai masalah untuk datang mengambil sendiri kereta, Kereta Sewa Cheras turut menyediakan khidmat penghantaran.

Untuk urusan penyewaan dengan pihak Kereta Sewa Cheras, dilampirkan dokumen-dokumen yang perlu disediakan:
1. Lesen yang valid (1 copy)
2. IC (1 copy)
3. Bil utiliti
4. ID kerja atau pas pekerja.

Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, sila hubungi 019 253 0707.

Kereta Sewa Cheras
Your Easy Car Rental
A member of KLezcar Travel & Tours Sdn. Bhd.


 

Blogger news

Blogroll

About